Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1911. Nama asalnya ialah ` Sekolah China Kee Mong'. Bangunan sekolah hanya terdiri daripada sebuah rumah atap di Jalan Rahmat, Batu Pahat. Nama sekolah ini telah diubah kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu Batu Pahat pada tahun 1917 dan dipindahkan ke Jalan Sultanah, Batu Pahat. |
Sekolah ini dikelolakan oleh Dewan Perniagaan Cina, Batu Pahat dari permulaan hingga tahun 1928. Lembaga Pengurus sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1929. Dengan sebab sekolah laki-laki Ai Chun telah bergabung dengan Sekolah Cheng Siu, maka Lembaga Sekolah dahulu itu diubah dengan Lembaga Pengurus Sekolah Cheng Siu & Ai Chun pada tahun 1932. |
Sekolah ini menerima bantuan penuh pada tahun 1962. Oleh sebab itu Lembaga Pengurus Sekolah bagi sekolah ini pun ditubuhkan. |
Sekolah ini telah dibahagikan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu (1) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu (2). Dengan sebab itu , Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Siu (1) Batu Pahat pun ditubuhkan. |
Pengerusi-pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah bagi tahun-tahun di antara 1929 hingga 1940 ialah Encik Lian Tong Seng, Encik Ng Gek Seng, Encik Teo Lee Seng dan Encik Yap Kheng Soon. |
Bilangan guru sekolah ini pada tahun 1911- 1916 hanya 2 orang. Akan tetapi bilangan guru telah meningkat 40 orang pada tahun 1984. Mengenai bilangan murid pula, sekolah ini telah maju dengan pesat sehingga mencapai 1462 orang murid pada tahun 1984. |
Sekolah ini hanya mempunyai sebuah rumah atap sahaja di Jalan Rahmat, Batu Pahat pada tahun 1911. Pada tahun 1949, 12 buah bilik darjah di sebelah timur di tapak sekarang telah didirikan. Selepas itu, 14 buah bilik darjah dibahagian hujung tapak sekarang telah didirikan pada 1950. Seterusnya pada tahun 1952, terdapat 9 buah bilik darjah disebelah Barat di tapak ini juga telah dibina, pada tahun 1954, dewan besar, pejabat guru-guru dan bilik tumpangan guru-guru telah dibina. Sebuah gelanggang simen bola keranjang yang besar telah dibina. Pada tahun 1960, sebuah gelanggang simen bola keranjang yang kecil dan gelanggang simen badminton telah dibina. |
Butir-Butir Lain |
1. Encik Lee Kuan Chuan - RM30,000.00
2. Persatuan Chan Yang Batu Pahat - RM12,000.00
3. Syarikat Eng Lam Berhad, Batu Pahat - RM10,000.00
Berikut ialah mereka-mereka yang menderma wang melebihi RM4,000.00.
1. Persatuan Kwang Shiaw, Batu Pahat
2. Persatuan Peniaga-Peniaga Getah, Batu Pahat.
3. Encik Tan Kan
4. Persatuan Kedai-Kedai Kopi, Batu Pahat.
5. Kian Yong, Singapura.
6. Encik Lau Leng Choon
7. Encik Khua Kim Pau
8. Aik Guan, Batu Pahat.
9. Kilang Papan Bee Chai Berhad, Batu Pahat
10. Hoe Lee Berhad, Batu Pahat.
11. Hoe Guan, Batu Pahat.
12. Koh Seng Soon, Batu Pahat.
Nama bapa Encik Lee Kuan Chian telah dipasang di Dewan Sekolah ini untuk memperingati kemurahan hatinya menderma wang yang banyak kepada sekolah ini. Dewan sekolah ini dinamakan Dewan Kok Chuan. Senarai nama penderma melebihi daripada RM4,000.00 telah dipasang nama mereka di bilik darjah. Sayugia diingat bahawa Persatuan Peniaga-peniaga Getah Batu Pahat telah menderma wang yang banyak kepada sekolah ini. Dengan sebab ini, 25 buah bilik darjah di sekolah ini telah dipasang namanya itu.
Kumpulan Pengakap Kanak-kanak sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1947. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah ditubuhkan pada 6 Oktober 1973.