Walaupun menanggung beban tugas yang semakin besar dan berat sebagai seorang pendidik khasnya Guru Besar, namun beliau masih berupaya menguruskan masa antara tugas utama sebagai seorang pendidik dengan tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang di luar bidang pendidikan.
Ini telah dibuktikan oleh beliau apabila berjaya menyandang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Persatuan Guru-Guru Johor Tengah, AJK Persatuan Bola Keranjang Negeri Johor, dan Setiausaha Persatuan Bola Keranjang Daerah Batu Pahat. Bagi beliau tanpa disiplin yang tinggi mustahil bagi beliau berada ditempat sekarang ini.
Atas alasan itu jugalah maka beliau telah diberi
kepercayaan dalam arena politik negara khasnya MCA apabila beliau telah dipilih
sebagai Naib Ketua MCA Bahagian Parit Sulong, Naib Ketua Pemuda MCA Negeri Johor,
dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Parit Sulong. Segala jasa dan sumbangan beliau
sama ada dalam mahupun di luar
bidang pendidikan telah diiktiraf
oleh masyarakat.Lantaran itu, pada 8 April 2001 yang lalu , sempena Hari
Keputeraan ke bawah Duli Tuanku Sultan Johor , beliau telah dianugerahkan Pingat
Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS 11 ).
Oleh
: Abdul Halim Matop SJKC Cheng Siu 1